>>

Politik

Read more Politik »

Berita

>baca lgi> »

Artis

>Baca lagi>

Pendapat

Berita Terbaru

PANAS:Pelakon Nikita Mirzani mengaku biseksual

Khamis, 2 Mei 2013


Jika bercerita mengenai dunia hiburan di Indonesia, sudah pasti akan bercakap mengenai artis seorang ini yang boleh digelar sebagai Ratu Kontroversi, Nikita Mirzani. Nikita merupakan antara selebriti yang selalu menjadi perhatian media-media dengan cerita 'panasnya'.

 Baru-baru ini, Nikita sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia mengakui dirinya adalah seorang biseksual ketika ditemubual detikhot.com.

"Saya mungkin boleh dianggap seorang biseksual. Selain bersama teman lelaki, saya juga suka dengan sesama jenis (perempuan)."

Janda anak satu itu berkata, dia mengalami trauma pada lelaki setelah bercerai dengan suaminya.

Namun yang menjadi persoalannya, apabila media lain yang mahu mendapatkan pengesahannya mengenai pengakuannya itu bagaimanapun tidak mengaku dirinya biseksual.

Sebelum ini, Nikita pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar bogelnya telah tersebar luas di Internet. Selepas tersebarnya gambar-gambar tersebut, bintang filem "Pokun Roxy" itu telah tampil mengakui bahawa gambar bogel tersebut adalah dirinya.

Ahmad Idham Bidas Norman KRU

Rabu, 1 Mei 2013



“Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.

“Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut. .

“Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara. .

“Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya,” katanya.

Negro Nigeria Mula €rekrut Awek Malaysia Untuk Dijadikan Gro Di Luar Negara!

Sabtu, 2 Jun 2012

negro

TOKYO – Kegiatan maksiat terancang dianggotai ejen yang terdiri daripada warga Nigeria di Kuala Lumpur menawarkan pekerjaan kepada golongan wanita di negara ini sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada ekspatriat Jepun dan asing di sini.

Beroperasi dari daerah panas, Ropponggi dan Kabukicho, ejen tersebut yang dikenali sebagai Gagak Hitam menawarkan gadis-gadis Malaysia berumur 25 tahun ke bawah pendapatan sebanyak ¥50,000 (RM2,000) bagi perkhidmatan sebagai pengiring selama 24 jam.

Salah seorang ejen ‘Gagak Hitam’ ketika didekati The Star di Ropponggi, Jumaat mendakwa dia boleh mengatur temu janji dengan GRO Malaysia sama ada dari Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Hanya ingin dikenali sebagai Kent, warga Nigeria berusia 29 tahun itu mendakwa terdapat sekumpulan GRO dari Malaysia yang sudah tinggal di beberapa hotel di bandaraya itu sejak beberapa hari lalu.
“Anda mahu gadis yang macam mana? Kami mempunyai set 1Malaysia, itu gelaran mereka di negara anda, adakah saya betul?

“Saya melanjutkan pengajian di Nilai (Negeri Sembilan) dua tahun lalu. Saya tahu segalanya mengenai negara anda dan mempunyai rangkaian di sana.

“Rakyat Malaysia dianggap cantik di Jepun. Anda tidak boleh mendapatkannya dengan murah dan oleh itu, harganya lebih mahal berbanding gadis dari Brazil, China atau Jepun.

“Saya juga mengenakan bayaran komisen sebanyak ¥5,000 (RM200) untuk membawa masuk GRO dan bayaran akan berganda,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dia mengatur penerbangan GRO tersebut, Kent berkata dia akan menghubungi rakannya di Malaysia dan gadis-gadis itu akan tiba dari Kuala Lumpur dua hari selepas tempahan disahkan.

“Kami akan mengatur proses penerbangan gadis-gadis tersebut ke sini. Anda tidak perlu risau mengenainya, hanya perlu membayar deposit dan segalanya sudah dianggap selesai,” katanya.

Semasa perbualan itu, Kent turut menawarkan Editor Eksekutif China Press, Yeong Kah Choon yang turut menyiasat kewujudan sindiket Gagak Hitam di Tokyo, seorang gadis Malaysia berusia 16 tahun.

“Dia berada di sini dan fasih bercakap Bahasa Malaysia tetapi anda perlu membayar dalam bentuk AS dolar jika ingin melanggannya kerana dia masih dibawah umur,” katanya.

Ketika Yeong bertanya bagaimana gadis berusia 16 tahun itu yang sepatutnya bersekolah berada di Tokyo, Kent berkata:
“Anda tidak perlu bertanya mengenai perkara itu. Kami tidak menculik sesiapa dari Malaysia dan mereka datang secara sukarela untuk mendapatkan wang tambahan. Itu saja.”

Ditanya mengapa mereka menggelar diri sendiri sebagai Gagak Hitam, Kent berkata, ia kerana polis Malaysia.

“Polis di Malaysia pernah memanggil kami Gagak Hitam dan satu operasi dilakukan untuk menggusir kami keluar dari Malaysia.

“Saya tidak tahu sama ada anda masih ingat tetapi kami menganggap sindiket kami sebagai Gagak Hitam kerana ketua kami masih di Kuala Lumpur,” katanya. (The Star)

Proton Preve Hatchback

Rabu, 30 Mei 2012

Proton akan melancarkan model baru Proton Preve, sekarang ni ada rumours baru mengenai kereta Proton Preveversi Hatchback.Nampak cam menarik jugak.





Bezza keluaran terbaru PERODUA

Selasa, 8 Mei 2012



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)akan memperkenalkan model prototaip, Bezza yang menggunakan enjin hijau yang sedang dibangunkan bagi kegunaan kenderaan keluarannya pada masa akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata reka bentuk Bezza dibangunkan sepenuhnya kakitangan PERODUA, manakala enjin hijau dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.



Bob Kuman di sahkan meninggal dunia

Khamis, 3 Mei 2012

Bob kuman

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Al Fatihah

Aplikasi Chat penguna Twitter

Rabu, 2 Mei 2012



Twitter pada masa sekarang tiada fungsi chat seperti mana di Facebook. Ada satu aplikasi yang  membolehkan pengguna Twitter chatting dilaman tersebut. Aplikasi Bonfire, dan  hanya menyokong browser Chrome, Firefox, dan Safari..

install Bonfire

Download sahaja Bonfire http://bonfire.im/extensions/
Kemudian klik continue



Gunakn batton "Invite People to bonfire.im" yang disediakan untuk mengajak kawan-kawan menggunakan aplikasi ini untuk chat di Twitter.

Ketam gergasi

Ketam gergasi

Seekor ketam gergasi Tasmania yang ditangkap nelayan Australia pada bulan lalu sepatutnya dimasak, namun takdir menyebelahinya apabila sebuah akuarium di sini bertindak membelinya pada harga 3,000 pound (RM14,723).

Selepas 29 jam diterbangkan dari Australia ke London dan dikuarantin selama dua minggu, ketam gergasi diberi nama Claude itu telah bersedia untuk dipamerkan kepada orang ramai di London.

Claude menjadi ketam terbesar yang pernah dipamerkan di United Kingdom dengan berat 6.8 kilogram dan cangkerangnya setebal 38 sentimeter, cukup untuk membuat sebanyak 160 kek ketam.

Ia mempunyai saiz yang agak besar iaitu menyamai 100 ekor ketam biasa di Britain dan beratnya ketika ini mampu bertambah sekali ganda kerana umurnya yang masih 'remaja'.

Claude ditangkap di perairan pantai Tasmania pada bulan lalu dan dijual kepada kumpulan Sea Life bersama dua ekor lagi ketam gergasi Tasmania.

Ia akan dipamerkan di pusat Sea Life di Weymouth, Dorset pada Khamis ini, manakala dua lagi ketam tersebut akan ditempatkan di Birmingham dan Berlin tertakluk kepada tindak balas Claude di 'rumah' barunya itu.

Buat masa ini, Claude ditempatkan di sebuah tangki berbentuk silinder yang mempunyai ketinggian tiga meter dan lebar, 1.8 meter.

Dalam habitat asalnya, ketam hanya makan benda-benda mati, namun Claude kini diberi makan ikan tenggiri yang dipotong dadu serta sotong dan dia dilaporkan gembira dengan diet barunya itu. - AGENSI

Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan

Jumaat, 27 April 2012

anak Linda Jasmine

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.

Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.

"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.

Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.

Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.

Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.

"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.

Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.

Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.

"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.

Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.

Zahida Rafik masih cool dengan tuduhan

Selasa, 24 April 2012



PETALING JAYA: Kontroversi tuduhan menerima wang RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal sedikit pun tidak mendatangkan stres kepada Zahida Rafik.

Pelakon itu berkata demikian ketika berkomunikasi dengan pengikut laman sosial Twitter miliknya pada Selasa malam.

“Terima kasih sayang. Tak stres pun. Akak cool,” katanya dalam entri kira-kira pukul 8.33 malam Selasa yang dikirim menerusi telefon Blackberry miliknya.

Dia juga turut mengatakan dirinya kuat untuk menempuh tuduhan yang melanda dan meminta peminat mendoakan kesejahteraannya.

Kebanyakan pengikut Twiter pelakon itu pada Selasa menghantar pesanan kepada Zahida untuk memberi kata-kata semangat dan perangsang.

Bagaimanapun terdapat satu pesanan kiriman Miss Lola pada pukul 10.46 pagi Selasa menempelak Zahida dengan mendakwa apa yang berlaku itu adalah balasan Tuhan terhadap perbuatannya.

“Bila dah kantoi tau plak nak ingat Tuhan… tapi bila pakai seksi tak pulak kau nak ingat Tuhan. Ni la balasannya,” kata pengirim itu.

Bagi persoalan tersebut Zahida hanya ketawa dengan menjawab; “hahahaha...gud day my dear!! Cheers!”

Sebuah portal dalam talian pada 18 April lalu melaporkan pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis mendakwa pelakon itu telah menerima wang tunai sebanyak RM1.5 juta dari seorang menteri dalam jangka masa empat bulan.

Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan laporan polis itu kepada pihak media.

Dalam laporan polis tersebut, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Teknologi Koumputer Gadgets

Renungan

 

Kemalangan

Cerita

Baca lagi tentang Cerita »

Copyright Berita Terkini | Powered by Blogger - Design by joyiman | Publisher Free Templates for blog